My Add

Friday 18 May 2012

SUPP telah serah nama calon kepada PM

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 18 Mei, 2012: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah mengemukakan senarai calonnya bagi pilihan raya umum akan datang kepada Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, kata presiden parti Datuk Seri Peter Chin.

Beliau berkata calon berkenaan ialah untuk kerusi Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

"Terdapat empat muka baru dalam kalangan tujuh calon itu tetapi saya tidak boleh dedahkan siapa mereka dan jumlah nama yang kami kemukakan. Ia sulit," katanya kepada Bernama semasa dihubungi.

Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata keputusan muktamad mengenai pemilihan calon terletak di tangan Najib.

Pada pilihan raya umum 2008, SUPP mengekalkan enam kerusi Parlimen - Serian, Sarikei, Miri, Sibu, Lanang dan Stampin - dan kalah di Bandar Kuching kepada DAP. 

Pada 2010, parti itu kalah dalam pilihan raya kecil Sibu yang diadakan berikutan kematian anggota Parlimen Datuk Robert Lau Hoi Chew.

"Sebagai Presiden SUPP, saya, sepertimana juga pemimpin lain parti, perlu memastikan calon-calon yang dipilih ialah calon boleh menang. Sebab itu kenapa mereka perlu melalui proses pemilihan terperinci. Oleh yang demikian, saya tidak akan dedahkan nama-nama mereka kerana ada yang dicalonkan mungkin tidak terpilih," kata Chin.

Beliau juga berkata parti akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-53 pada 4 Jun di ibu pejabat parti di Kuching.

Pelbagai aktiviti dirancang sempena sambutan ulang tahun itu yang akan berlangsung selama sebulan, katanya.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment