My Add

Friday 11 May 2012

Takut ugutan, Ambiga buat laporan polis

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 10 Mei, 2012: Walaupun lantang mengkritik dan sering mempertikaikan kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas, Datuk S. Ambiga ibarat 'menjilat ludah' sendiri apabila mendapatkan bantuan pasukan keselamatan itu untuk melindunginya setelah menerima ugutan hari ini.

Pengerusi Bersih 3.0 itu membuat laporan polis setelah merasakan keselamatannya terancam berikutan tindakan sekumpulan peniaga mewakili Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun di hadapan kediamannya di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, di sini hari ini.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertindak demikian bagi mendesak Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan menjelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 di sekitar Dataran Merdeka pada 28 April lalu. - UTUSAN

1 comment:

  1. Knp tak buat report kat unit amal pas dia orang lagi brutal

    ReplyDelete