My Add

Wednesday 16 May 2012

Tidak boleh lari selama-lamanya: Polis

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH 
KUBANG PASU, SELASA, 15 Mei, 2012: Peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang masih enggan menyerah diri diingatkan bahawa mereka tidak boleh menyembunyikan diri selama-lamanya kerana polis memiliki gambar dan mempunyai cara untuk memberkas mereka.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa), Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim.

Beliau menegaskan, selain menangkap mereka melalui operasi dari rumah ke rumah, polis juga akan memburu individu terbabit termasuk di tempat kerja atau di institusi pengajian tinggi.

"'Kalau dah ada gambar itu, mana dia nak pergi. Mesti ada dalam Malaysia, dia tak boleh lari," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Menyerah Ops Wawasan antara ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Batalion Lima Rejimen ATM Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment