My Add

Sunday 20 May 2012

Timur Leste sambut Hari Kemerdekaan ke-10

DILI, AHAD, 20 Mei, 2012: Timur Leste hari ini menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke-10 dan presiden barunya, Taur Matan Ruak berkata, negara itu akan mencapai kematangan selepas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mula keluar akhir tahun ini.

“Ia adalah hari ini 10 tahun lalu kita mula mentadbir negara ini selepas diserahkan PBB,” katanya ketika berucap mengenai mandat yang diberikan PBB selepas diperintah Indonesia untuk tempoh 24 tahun.

Beliau dijadual merasmikan Muzium baru Timor Laste di Dili yang menempatkan sejarah perjuangan kemerdekaan, budaya tradisional dan sambutan perayaan masyarakat negara itu. - AFP

No comments:

Post a Comment