My Add

Sunday 6 May 2012

'UMNO lumpuh Melayu lenyap'

Oleh AMRAN MULUP 

JASIN, SABTU, 05 Mei, 2012: Hak-hak istimewa orang Melayu akan lenyap jika usaha pihak tertentu untuk melumpuhkan UMNO tidak dihalang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, orang Melayu kini menghadapi tekanan dan cabaran paling hebat, lebih-lebih lagi ada usaha untuk melenyapkan UMNO daripada terus menjadi tunjang pemerintahan negara.

''Apabila UMNO lenyap, kekuatan politik orang Melayu juga akan terhapus. Semua orang tahu, perjuangan menjaga hak-hak orang Melayu merupakan tanggungjawab utama UMNO sejak dulu kini dan selamanya.

''Oleh itu menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk terus mempertahankan UMNO daripada lemah kerana tidak mustahil segala hak keistimewaan kita akan lenyap.

''Saya minta orang Melayu bersatu memperkukuhkan UMNO kerana itu sahaja kekuatan politik mereka untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara," katanya ketika berucap selepas menerima bendera Sang Saka Bangsa daripada UMNO Johor sempena Larian Bendera UMNO di Laman Belia Malaysia, Sungai Rambai di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment