My Add

Wednesday 12 September 2012

1.07j pemegang akaun Sarawak miliki 14.9b unit saham ASNB

KUCHING: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kini mengurus 148.9 bilion unit saham yang dijana menerusi 11.08 juta pemegang akaun.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) di sini, daripada jumlah itu, 14.9 bilion unit saham dimiliki lebih 1.07 juta pemegang akaun di Sarawak.

ASNB, syarikat pengurusan unit amanah negara, kini mempunyai 26 pejabat di seluruh negara dan lima darinya terletak di Sarawak, masing-masing satu di Kuching, Sri Aman, Miri, Sibu dan Bintulu.

Tahun ini, ASNB mensasarkan dua lagi pejabat baru, di Temerloh Pahang dan Pasir Puteh Kelantan.

Hari ini, ASNB menganjurkan majlis Hari Ramah Mesra di premis baharunya di Jalan Kulas Satok Kuching, yang turut dihadiri Menteri Perumahan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Pengarah Eksekutif ASNB, Datuk Idris Kechot. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment