My Add

Monday 10 September 2012

3 pelajar Nigeria didakwa samun lelaki

PETALING JAYA, ISNIN, 10 September, 2012: Tiga pelajar warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyamun seorang lelaki bulan lepas.

Samual Udoh Nkamore, 24, Olonade Olawale Olajuwan, 27, dan Okarie Ugochukwu Innocent, 24, Nigeria, ditahan dengan seutas rantai emas di tepi lebuh raya Sprint dekat Eastin Hotel di sini pada 5.30 pagi, 16 Ogos lepas.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz tidak membenarkan jaminan ditawarkan terhadap kesemua tertuduh dan menetapkan 9 Oktober sebagai tarikh sebutan kes. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment