My Add

Monday 10 September 2012

Pelajar tempatan, Nigeria didakwa tipu setiausaha RM200,000

MELAKA, ISNIN, 10 September, 2012: Dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap tiga tuduhan menipu seorang setiausaha sebuah syarikat swasta hampir RM200,000.

Siti Elfina Azyze Ezami Azyze, 23, dan Fred Ajiri Okpeva, 27, dari Nigeria didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas menipu Teresa Fernandez, 56, dengan memperdayanya menyerahkan wang RM19,000, RM77,227.96 dan RM85,000 dengan cara memasukkan ke dalam akaun Ambank No 2120010025883.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bank RHB dan Ambank Jalan Melaka Raya antara 11 hingga 11.46 pagi pada 1,5 dan 7 Jun lepas mengikut Seksyen 420/109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment