My Add

Monday 10 September 2012

3 kanak-kanak mati cuba buka pelancar roket

PHNOM PENH, ISNIN, 10 September, 2012: Tiga kanak-kanak terbunuh ketika cuba membuka roket B-40 yang pernah digunakan ketika perang saudara di negara berkenaan pada sekitar 1980-an.

Ketua Polis Daerah, Keo Tann berkata, kanak-kanak berkenaan menjumpai roket berkenaan di kawasan hutan utara Kemboja dan cuba memecahnya untuk dijual sebagai barang lusuh.

Dua daripada mangsa berusia 8 dan 9 tahun.

Kejadian semalam berlaku di wilayah Oddor Meanchey, kawasan yang pernah menyaksikan perperangan antara rejim Khmer Rouge dan tentera kerajaan. - AP

No comments:

Post a Comment