My Add

Wednesday 26 September 2012

Anwar setuju ada masalah dalam jiwa orang Islam

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman semalam.

Penulis Eddie Barnes dalam artikelnya menyebut: ''Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi''.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya yang bertajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" seperti yang dipetik oleh akhbar New Straits Times hari ini.

Anwar sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan di The Wall Street Journal pada 26 Januari lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment