My Add

Sunday 9 September 2012

Audit Talam dipertikai

LABIS, SABTU, 08 September, 2012: Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong meragui status laporan ‘audit’ yang dikemukakan KPMG terhadap Talam Corporation Bhd. (Talam).

Beliau berkata, Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor juga mesti menjelaskan sama ada laporan itu berbentuk audit, semakan atau cadangan.

“Kerajaan negeri berjanji untuk memberikan laporan audit. Laporan audit ini lebih terperinci dengan akses lebih luas kepada dokumen dan transaksi syarikat.

“Sedangkan pada sidang akhbar berhubung isu itu seperti dilaporkan portal berita kerajaan negeri, ia memetik Pengarah Eksekutif KPMG daripada unit ‘advisory’ yang menjelaskan skop laporan itu hanya untuk memeriksa dokumen transaksi dan sokongan syarikat, bukan menyiasat dakwaan.

“Jadi kita mahu tahu sama ada ia laporan audit, ‘review’ atau ‘advisory’," katanya pada sidang akhbar di Bangunan MCA Labis di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment