My Add

Sunday 9 September 2012

Perkasa sifatkan alasan PDRM melucukan

KUALA LUMPUR, SABTU, 08 September, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan penjelasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa penahanan segera ke atas peserta Himpunan Janji Bersih tidak dibuat demi mengelak kekecohan serius sesuatu yang melucukan.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, alasan itu tidak mustahil akan menyebabkan lebih banyak kejadian biadab berlaku pada masa depan.

“Apakah polis sanggup membenarkan kelakuan biadab ini berulang pada masa hadapan semata-mata kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan? Kalau pihak berkuasa sendiri tidak sanggup bertegas, bagaimana kita mahu melihat rakyat menghormati undang-undang.

“Soalnya bagaimana kalau pelaku itu warga asing? Apakah selepas mereka pulang ke negara asal baru pihak berkuasa mahu bertindak atas alasan tidak mahu menimbulkan kekecohan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, polis tidak bertindak agresif pada malam 30 Ogos lalu bagi membolehkan sambutan ambang kemerdekaan berjalan lancar.

Pada malam tersebut, peserta Himpunan Janji Bersih bukan sahaja memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi bertindak melampau melondeh seluar dan menonggeng punggung pada gambar itu.

Selain itu, peserta perhimpunan tersebut turut mengibarkan bendera baru mirip bendera Singapura bagi menggantikan Jalur Gemilang tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat pihak berkuasa sebaliknya mereka hanya memantau keadaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment