My Add

Sunday 9 September 2012

Jangan lupakan budi - Rais Yatim

*RAIS Yatim bersama sebahagian hadirin pada Majlis Merdeka Raya Komuniti 1Malaysia Sentuhan Aidilfitri 2012 di Kampung Medan, Telok Panglima Garang, malam tadi. - BERNAMA

Oleh HELMI MOHD. FOAD
KUALA LANGAT, SABTU, 08 September, 2012: Rakyat Selangor tidak seharusnya melupakan begitu sahaja segala jasa dan budi yang ditaburkan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama lebih setengah abad sebelum tampuk pemerintahan negeri ini diambil alih pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tanpa pembangunan dan pelaksanaan dasar sebelum ini kerajaan negeri yang diterajui pembangkang sekarang tidak akan dapat melaksanakan tugas-tugas mereka malah banyak menumpang hasil kejayaan pentadbiran BN.

"Dalam memahami kemerdekaan tanah air, kita memilih slogan Janji Ditepati, seperti jalan masuk ke kampung, bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat, kita yang berikan kebaikan dahulu, budi lama kita, bukannya budi sekarang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment