My Add

Sunday 9 September 2012

Belanjawan 2013 tumpu program "Road To Rio 2016"

PADANG BESAR, AHAD, 09 September, 2012: Menteri Belia dan Sukan Seri Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata Belanjawan 2013 dijangka memberi tumpuan kepada program "Road to Rio 2016" dalam usaha negara meraih pingat pada temasya Olimpik di Brazil itu.

Selain itu kata beliau, Perlis juga dijangka menerima habuan kerana akan menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2014.

Selain peruntukan untuk temasya, penduduk Perlis akan menikmati manfaat daripada Sukma menerusi peluang pekerjaan dan perniagaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Padang Besar, di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata secara keseluruhan, kementeriannya menjangka belanjawan yang akan dibentang pada 28 Sept itu bakal memberi fokus ke arah memperkasakan golongan belia dan pembangunan sukan negara.

Mengenai ganjaran dan elaun untuk atlet paralimpik yang menjulang nama negara di persada dunia, Ahmad Shabery berkata beliau akan mendapatkan pandangan pakar dan golongan profesional berkaitan mengenai isu tersebut.

Banyak perkara perlu dikaji sebelum membuat suatu keputusan terutama yang berkaitan dengan atlet, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment