My Add

Sunday 9 September 2012

Filipina hargai peranan kita fasilitator perjanjian damai MILF

VLADIVOSTOK, AHAD,:09 September, 2012: Satu perjanjian damai mungkin boleh ditandatangani menjelang akhir tahun ini dengan kejayaan besar yang dicapai dalam proses rundingan damai antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Najib yang mengadakan mesyuarat bilateral dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino, pada hari terakhir Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2012, berkata peranan Malaysia sebagai fasilitator dalam rundingan damai itu dihargai Filipina.

"Saya melahirkan harapan untuk hadir apabila perjanjian damai itu ditandatangani di Filipina," Najib memberitahu wartawan Malaysia yang membuat liputan sidang kemuncak itu di Russky Island di sini.

Angkatan tentera dan fasilitator Malaysia memainkan peranan penting mencari penyelesaian kepada konflik di selatan Filipina. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment