My Add

Sunday 9 September 2012

Pemuda BN negeri memohon beli Taman Manggis

GEORGETOWN, AHAD, 09 September, 2012: Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menyerahkan permohonan rasmi kepada kerajaan negeri untuk membeli tapak tanah Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin dalam tempoh 10 hari lagi.

Ketua Pemudanya, Oh Tong Keong berkata surat tawaran itu penting kerana pihaknya akan menubuhkan sebuah syarikat untuk meneruskan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua di tapak tanah berkeluasan 0.45 hektar itu tanpa ada masalah berbangkit di kemudian hari.

"Syarikat ini dinamakan sebagai Taman Manggis Phrase II Sdn Bhd dan lembaganya akan diterajui lima pemaju di negeri ini dan Kuala Lumpur yang menyokong inisiatif kami membeli tanah ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Khamis lepas, pemuda BN menerima surat tawaran penjualan tanah berkenaan yang dihantar sendiri oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Komtar, Ng Wei Aik.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Oh mempertikai keihklasan kerajaan DAP membuat tawaran berkenaan kerana cara penyampaian surat berkenaan tidak menjalani prosedur yang betul.

"Surat itu hanya ditandatangani Ng dan bukannya Ketua Menteri Lim Guan Eng sendiri," katanya.

Sebelum ini, Pemuda BN negeri mendedahkan tapak tanah itu sepatutnya dibangunkan untuk PPR fasa kedua tetapi dijual kepada syarikat swasta untuk pembinaan bangunan setinggi 30 tingkat yang mengandungi hotel 19 tingkat, hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

Ketua Menteri kemudiannya memberi penjelasan tanah itu terpaksa dijual kerana keluasannya tidak mencukupi untuk membangunkan projek perumahan tesebut.

Dalam perkembangan sama, Oh berkata pemuda BN mencadangkan perkarangan PPR itu dibina kedai untuk disewa kepada golongan ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) supaya mereka dapat hidup berdikari. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment