My Add

Sunday 23 September 2012

Cabar kemampuan maksimum dalam diri

KANGAR, SABTU, 22 September, 2012: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rakyat di negara ini perlu berusaha mencabar tahap kemampuan maksimum dalam diri masing-masing.

Baginda bertitah, perkara itu akan memperlihatkan masyarakat yang memiliki jiwa berani, menginjak kemampuan dari kebiasaan kepada sesuatu yang luar biasa dan dapat mencipta kejayaan.

"Sentiasalah melibatkan diri dalam kegiatan berpersatuan yang boleh meningkatkan kualiti diri, kemahiran dan pengetahuan dari semasa ke semasa dan menjadikan kejayaan orang lain sebagai pembakar semangat kepada kita untuk lebih berjaya," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Larian Utara 2012 anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Kumpulan Utusan di sini hari ini.

Larian sejauh 10 kilometer itu turut mendapat kerjasama Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAP) dan bermula dari Kampus UniMAP Kubang Gajah, Arau sehingga ke Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Kangar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment