My Add

Sunday 23 September 2012

Acara LU12 UniMAP-Utusan meriah
*TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail diiringi Kamarudin Hussin (kiri) dan Othman Mohamad (kanan) berbasikal pada acara Larian Utara 2012 anjuran UniMAP dengan kerjasama Kumpulan Utusan di Kangar, semalam. - MINGGUAN/FAIZAL ABU HASSAN
Oleh NORIZAN ABDUL MUHID, MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK dan SHOLINA OSMAN
ARAU, SABTU, 22 September, 2012: Larian Utara 2012 (LU12) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Kumpulan Utusan berlangsung meriah di sini, hari ini dengan penyertaan kira-kira 5,000 orang.

Acara larian yang dianggap terbesar di Perlis itu bermula kira-kira pukul 8.30 pagi dengan pelepasan peserta disempurnakan Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Biarpun cuaca mendung dan hujan renyai pada awal acara, penganjuran LU12 tetap berjalan lancar sehingga program berakhir di Dataran Datuk Sheikh Ahmad yang mana Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMAP, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang.

No comments:

Post a Comment