My Add

Sunday 23 September 2012

Hadi puji perhimpunan Pas-UMNO

ALOR SETAR, SABTU, 22 September, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji perhimpunan anjuran Pas dan UMNO bagi membantah penghinaan ke atas Nabi Muhammad SAW di ibu kota semalam.

Sambil menyifatkan perhimpunan itu sebagai tepat pada masanya, beliau menegaskan, ia bukan sahaja mencapai matlamat menyampaikan mesej bantahan tetapi berjaya dianjurkan secara aman tanpa sebarang pergaduhan atau rusuhan.

Abdul Hadi turut menyeru umat Islam tanpa mengira fahaman politik terus bersatu hati mengecam pihak yang melakukan penghinaan seperti itu dan pada masa sama mengelakkan sebarang tindakan melampau atau mencetuskan huru-hara.

"Saya gembira kerana perhimpunan yang diadakan ini menunjukkan kesopanan yang dituntut dalam Islam. Kemarahan kita ada batasannya, tidak boleh melampau," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment