My Add

Thursday 13 September 2012

Cadangan PKR mengelirukan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 13 September, 2012:: Cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menurunkan harga kereta dengan kaedah melelong permit import (AP) membingungkan dan mengelirukan kerana langkah itu hanya akan menaikkan harga kereta.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, jika diikutkan dengan cadangan itu, pembida tertinggi akan membeli AP berkenaan.

"Bagaimana PKR mahu menurunkan harga kereta apabila mereka mengenakan kira-kira RM50,000 hingga RM60,000 untuk mendapatkan satu AP?

"Logik yang dikeluarkan oleh Rafizi (pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli) sememangnya mengelirukan saya. Satu, dia kata dia mahu turunkan harga kereta dan pada masa sama juga, dia kata kita seharusnya melelong AP dalam tender terbuka.

"Dan itu hanya untuk AP, belum lagi harga kereta. Jadi, berapa agaknya harga Toyota Camry sebaik itu semua selesai?," kata beliau kepada pemberita selepas dialog dengan ahli-ahli Dewan Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia.

Mukhriz, yang bertanggungjawab ke atas AP di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diminta mengulas mengenai saranan Rafizi supaya AP untuk kereta sepatutnya melalui tender terbuka yang boleh memberikan kesan yang besar kepada pendapatan negara.

Timbalan Menteri itu berkata, caj tetap AP sebanyak RM10,000 bukanlah yuran tetapi wang itu akan tersalur ke dalam dana untuk memajukan industri automotif, sekali gus membantu industri itu.

"Kita mahu mereka yang terbabit dalam perniagaan pengedaran kereta mempelbagaikan dan menceburi segmen lain industri automotif. Kita bukan hanya sekadar mengutip duti untuk meningkatkan pendapatan untuk kerajaan," katanya.
- BERNAMA

No comments:

Post a Comment