My Add

Thursday 13 September 2012

Pas Kelantan `buka pintu' kepada calon luar bertanding

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
KOTA BHARU, KHAMIS, 13 September, 2012: Pas Kelantan tidak akan menutup pintu kepada calon dari luar untuk bertanding di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) meskipun mengakui peluang calon tempatan menang adalah lebih cerah berbanding dahulu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, walaupun pihak Pas Pusat boleh memberikan cadangan, sebarang keputusan meletakkan calon adalah mengikut keperluan dan kesesuaian negeri dan ia bukanlah polisi tetap.

"Kita ikut keperluan, dulu memanglah masa tu peluang untuk pemimpin Pas kita menang di Parlimen agak terhad, sebab itu Pas Kelantan beri peluang (calon luar), bukan sahaja Kelantan tapi juga negeri lain seperti Terengganu dan sebagainya, tetapi hari ini suasana sudah berubah.

"Pengaruh Pas sudah berkembang luas ke seluruh negara, jadi pada pandangan kita peluang untuk pimpinan kita (negeri) diangkat ke Parlimen lebih terbuka.

"(Namun) keputusan ini antara Pas Pusat dan negeri, biasanya cadangan datang daripada Pas Pusat dan akan disampaikan kepada Pas negeri dan daripada perbincangan itu baharulah keputusan dibuat sesuai atau tidak," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment