My Add

Tuesday 11 September 2012

Felda tidak jemu tangkis tuduhan pembangkang

PADANG BESAR, ISNIN, 10 Sept. - Felda tidak akan jemu memberikan penjelasan terhadap setiap tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang terhadap institusi itu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, tidak sukar untuk pihaknya menjawab segala tuduhan itu kerana berada di pihak yang benar.

"Pembangkang hanya tahu membuat andaian dari luar sedangkan Felda yang melaksanakan segala pembangunan untuk dinikmati peneroka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Pengerusi Felda di Felda Mata Ayer, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd. Isa turut menandatangani plug perasmian pecah tanah Kompleks Pentadbiran Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) dan Dewan Serbaguna Felda Mata Ayer.

Sehubungan itu, menurut Mohd. Isa, masyarakat Felda dinasihatkan memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment