My Add

Thursday 6 September 2012

DMDI, USM beri khidmat bakti di Kalimantan

*IDRIS Haron (kiri) sambil ditemani isteri menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sumbing pada program Pembedahan Bibir Sumbing di Rumah Sakit Umum Dr. Murjani, Sampit, Kalimantan, Indonesia, semalam.

MELAKA, RABU, 05 September, 2012: Jawatankuasa Biro Belia, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) meneruskan tradisi tahunan menerusi program Pembedahan Bibir Sumbing di Kabupaten Kota Waringin Timur, Sampit, Kalimantan, Indonesia.

Rombongan yang diketuai Pengerusi biro tersebut, Datuk Idris Haron dibantu 14 kakitangan termasuk doktor dari Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) diketuai Prof. Madya Dr. Noor Hayati Abd. Razak.

Seramai 32 pesakit yang mengalami masalah bibir sumbing mendapat rawatan pembedahan secara percuma di Rumah Sakit Umum Dr. Murjani, Sampit bermula dari 2 September lalu sehingga esok. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment