My Add

Thursday 6 September 2012

Lebih 140,000 sahut cabaran sihat

KUALA LUMPUR, RABU, 05 September, 2012: Lebih 140,000 peserta akan menyahut cabaran Kementerian Kesihatan melalui penganjuran Program Berjalan 10,000 Langkah Merdeka di seluruh negara.

Program serentak secara percuma yang akan bermula pada pukul 8 pagi Ahad ini melibatkan 72 daerah termasuk Putrajaya.

Dengan tema 'Demi Kesihatan Untuk Negara', program peringkat kebangsaan dijadual dirasmikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Taman Rimba, Kota Kinabalu Sabah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Program Berjalan 10,000 Langkah Merdeka, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya, ia bukan sahaja bertujuan untuk menzahirkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat usia tetapi juga menggalakkan amalan hidup sihat.

"Ia selaras dengan hasrat kementerian menggalakkan penyertaan langsung komuniti dalam amalan dan budaya cara hidup sihat selaras dengan pembangunan negara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment