My Add

Wednesday 5 September 2012

Felda tambah pinjaman RM100j

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
JEMPOL, SELASA, 04 September, 2012: Felda akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kemudahan pinjaman perumahan untuk membolehkan masyarakat peneroka mempunyai kediaman yang selesa.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kemudahan pinjaman itu boleh digunakan untuk tujuan membina rumah baharu ataupun membaik pulih kediaman sedia ada.

"Penambahan peruntukan tersebut diharap dapat melancarkan lagi status permohonan pinjaman membina rumah baharu atau membaik pulih, yang masih tertangguh kepada peneroka yang layak.

"Peneroka Felda akan menerima pinjaman maksimum RM40,000 tanpa faedah agar dapat memiliki kediaman lebih selesa. Ia melibatkan antara 5,000 dan 6,000 unit rumah," katanya.

Mohd. Isa berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Lebaran Kasih Yayasan Felda di Dataran Seri Jempol dekat Feldajaya Selatan semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment