My Add

Wednesday 5 September 2012

Jangan politikkan isu anak Orang Asli tidak bersekolah


*MOHD. Shafie Apdal mendengar penerangan dari Esekutif Pemasaran dan Jualan Edaran Badang Sdn. Bhd., Seman Samad (kanan) tentang jentera pengangkut buah sawit di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 September, 2012: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak mempolitikkan isu kanak-kanak Orang Asli yang tidak bersekolah di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerajaan sudah melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memberi peluang pendidikan terbaik kepada kanak-kanak terbabit.

Menurut beliau, ia termasuk membina tadika dan hasil kerjasama dengan pelbagai kementerian lain, kini hampir 2,000 kelas khusus di sekolah-sekolah tertentu disediakan untuk anak-anak Orang Asli di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment