My Add

Wednesday 5 September 2012

Isu keselamatan makanan penting untuk Malaysia

VLADIVOSTOK, Rusia, SELASA, 04 Sept.ember, 201: Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang bermula di sini pada 2 September lalu, diharapkan dapat membuahkan hasil yang konkrit dalam isu keselamatan makanan kerana ia penting bagi Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raihan Sharif berkata, krisis kekurangan beras di Malaysia pada 2008 memberi pengajaran yang bermakna kepada kerajaan.

"Bila menghadapi masalah makanan seperti bekalan, jiran atau negara sahabat pun ada masanya tak dapat membantu. Kerana itu, kita kini mempunyai Dasar Makanan Negara yang menumpu kepada aspek bekalan dan keselamatan makanan.

"Bila bercakap mengenai sekuriti makanan dalam APEC, ia meliputi soal bekalan dan produktiviti; pelaburan, perdagangan dan pengedaran; makanan bagi rakyat tiada makanan; kualiti dan makanan yang selamat dimakan; serta pengekalan ekosistem yang mapan, termasuk marin," kata beliau dalam satu pertemuan dengan wartawan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment