My Add

Monday 24 September 2012

Ibu kena penjara sehari curi barang, ikan siakap di pasar raya

AYER KEROH, ISNIN, 24 September, 2012 Seorang ibu beranak tiga dipenjara sehari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah mencuri barang di pasar raya termasuk seekor ikan siakap.

Nurjahan Hajakamarazaman, 23, dari Kampung Telok, Bukit Katil didakwa melakukan perbuatan itu di Pasar Raya AEON Melaka, Jalan Tun Abdul Razak, di sini, kira-kira jam 2.30 petang pada 16 Julai lalu.
Selain ikan siakap, dia juga didakwa mencuri sebungkus sotong, sosej, sekotak ais krim jenama Magnum dan dua bungkus coklat.

Turut dicuri sebotol pewangi, sekotak strawberi, satu alat pemotong, dua bekas plastik susu yang semuanya bernilai RM155.90.

Nurjahan dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda.

No comments:

Post a Comment