My Add

Monday 24 September 2012

SPR tiada kuasa hukum wakil rakyat lompat parti: Nazri
KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 September, 2012: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa yang diperuntukkan undang-undang untuk menentukan hukuman ke atas wakil rakyat yang melompat parti.

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya 1958 dengan hanya memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Speaker DUN. 

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kuasa itu diberikan mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, Sub Sekyen 12(3) Akta Pilihan Raya dan pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Negeri.

"Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan untuk berpersatuan kepada setiap individu.

"Sehubungan itu, mana-mana pihak adalah bebas untuk menyertai parti tanpa perlu mengosongkan kerusinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP- Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat. - BH

No comments:

Post a Comment