My Add

Wednesday 12 September 2012

Indonesia gempur pelampau

JAKARTA, SELASA, 11 September, 2012: Indonesia akan meningkatkan usaha untuk menggempur puak pelampau agama selepas berlakunya beberapa kejadian keganasan baru-baru ini, namun para penganalisis menuduh kerajaan hanya mengambil pendekatan retorik.

Naib Presiden, Boediono hari ini mengumumkan program mengurangkan fahaman radikal melibatkan 24 kementerian dan agensi selepas satu mesyuarat dengan menteri-menteri dan pakar antikeganasan.

"Pelan biru program ini perlu komprehensif untuk mencapai apa yang diharapkan,'' katanya dalam laman webnya tanpa memberi maklumat lanjut.

Pegawai berkata, program itu masih dirangka dan dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

Pengumuman itu dilakukan selepas berlaku beberapa kejadian keganasan termasuk letupan di sebuah rumah di Depok, Jakarta pada minggu lalu yang dipercayai dijadikan tempat pembuatan bom.

Indonesia dipuji selepas berjaya menangkap beratus-ratus anggota militan sejak melancarkan 'perang terhadap keganasan' pada 2002 apabila kumpulan radikal tempatan mengebom pulau peranginan Bali yang mengakibatkan 202 orang maut.

Bagaimanapun, para penganalisis berkata, kumpulan radikal dan sikap tidak bertolenrasi agama semakin meningkat.

Pihak berkuasa pula disalahkan kerana gagal mengambil tindakan keras terhadap kumpulan yang bertindak ganas di negara ini. - AFP

No comments:

Post a Comment