My Add

Saturday 8 September 2012

Isu tunggakan air percuma ke mahkamah

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM, JUMAAT, 07 September, 2012: Seramai 683 pengguna air di negeri ini akan memfailkan tuntutan terhadap Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi mendapatkan tunggakan subsidi air di bawah skim air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dokumen writ saman bersama pernyataan tuntutan akan difailkan pada pukul 9.30 pagi Selasa ini oleh firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners.

Peguambela dan peguamcara yang mewakili Tetuan Kamarudin & Partners terdiri daripada Kamarudin Ahmad, Won Walter Pereira, Lim Chin Sun, Geetha Thanigasalam dan Izyan Darlina Datuk Balia Yusof.

Kamarudin berkata, tuntutan oleh 683 pengguna air itu merupakan kumpulan pertama dari kawasan Shah Alam dan akan diikuti oleh pengguna air dari kawasan lain di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment