My Add

Saturday 8 September 2012

Pembangkang geruni UMNO tiupkan politik kebencian

JERLUN, JUMAAT, 07 September, 2012: Strategi pembangkang menggunakan politik kebencian membuktikan UMNO semakin digeruni terutama dengan prestasi cemerlang menunaikan janji kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pembangkang sanggup menggunakan apa sahaja cara demi menjayakan cita-cita politik mereka termasuk mempergunakan penyokong sendiri.

"Apa yang dikesalkan adalah sikap taksub segelintir rakyat yang tanpa usul periksa menerima setiap dakyah atau tohmahan yang disebarkan pembangkang.

"Adalah jelas UMNO ketika ini semakin digeruni dan pembangkang cukup terdesak sehingga sanggup meniupkan kebencian demi mencapai cita-cita mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Jerlun di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment