My Add

Sunday 23 September 2012

Jami'yah sumbang RM1,413

KUALA LUMPUR, SABTU, 22 September, 2012: Pelbagai pihak kini tampil menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Malaysia Relief Agency (MRA) dengan kerjasama Utusan Malaysia dan terbaru, Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jami'yah), hadir berbuat demikian.

Sebanyak RM1,413 disumbangkan hasil kutipan derma kilat oleh ahli-ahli Jami'yah melalui mesyuarat agung diadakan pihak terbabit pada 15 September lalu.

Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd. Daud Sulaiman berkata, sumbangan terbaru itu membuktikan terdapat banyak pihak di negara ini yang sama-sama bersimpati dengan nasib masyarakat Rohingya di Myanmar.

"Dengan sumbangan terbaru itu, kutipan Tabung Kemanusiaan Rohingya kini berjumlah RM185,477.65," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment