My Add

Friday 14 September 2012

Jenayah korporat meningkat


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 September, 2012: Jenayah korporat atau jenayah kolar putih yang dilakukan individu yang memegang status dan jawatan besar dalam sesuatu organisasi dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Kadar peningkatan jenayah korporat sejak awal tahun ini dilihat lebih tinggi berbanding jenayah biasa seperti jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah jalanan.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, peningkatan jenayah korporat yang dianggap membimbangkan berpunca daripada sikap tamak individu dalam memperoleh keuntungan yang banyak dalam tempoh singkat.

"Setiap individu perlu memiliki nilai moral yang tinggi dan tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata.

"Golongan korporat yang memegang status dan jawatan yang besar di dalam organisasi mereka mesti memiliki sikap amanah dan integriti yang tinggi," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment