My Add

Friday 14 September 2012

Bom petrol: Suspek lelaki ditahan

Oleh AZIZI MAJID
JOHOR BAHRU, KHAMIS, 13 September, 2012: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian membaling molotov cocktail membabitkan kediaman dua pegawai kastam di Taman Pelangi dan Taman Sri Pulai Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di sekitar Gelang Patah di sini pukul 4 pagi ini.

"Polis percaya penahanan lelaki itu dapat membantu siasatan berhubung kejadian tersebut. Kita akan memburu suspek terlibat seterusnya mendakwa mereka ke mahkamah.

"Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron yang turut disertai pegawai kanan kastam negeri bagi menyiasat kes berkenaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pos Polis Komuniti Taman Mutiara Rini di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment