My Add

Friday 14 September 2012

Bantah filem hina nabi

*ORANG ramai berhimpun sambil membawa sepanduk dan melaungkan bantahan terhadap penerbitan sebuah filem oleh seorang produser Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam di Basra, Iraq, semalam.

Oleh MOHD. 

AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 September, 2012: Masyarakat di negara ini dinasihatkan tidak bertindak mengikut perasaan seperti yang dilakukan rakyat Libya dan Mesir bagi membantah penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Shaikh Ismail Muhammad (gambar) berkata, seluruh umat Islam marah dengan penghinaan yang ditunjukkan di dalam filem tersebut, namun, bantahan perlulah melalui cara yang lebih berhikmah tanpa melibatkan kehilangan nyawa.

“Yang buat filem itu orang lain, namun dalam kejadian di Libya, Duta Amerika Syarikat (AS) ke negara itu yang dibunuh.

Sekat filem hina Islam - Rais

Sementara itu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta pihak berkuasa menyekat segera penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mencari bukti-bukti yang kukuh dengan segera supaya boleh dibawa ke pendakwa raya bagi tindakan seterusnya.

Katanya, cepat bertindak sangat penting dalam isu seperti itu kerana ia boleh memporak-perandakan masyarakat dunia serta menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam.

"Hukuman yang lebih berat perlu dilaksanakan terhadap individu yang begitu berani menghina dan mencela agama Islam supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

"Justeru, tindakan harus dilakukan dengan segera dengan menyertakan bukti-bukti yang sahih bagi mendapat kebenaran pendakwa raya supaya filem itu disekat daripada disiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment