My Add

Monday 10 September 2012

JPS buat persediaan awal hadapi musim tengkujuh

KOTA BHARU, ISNIN, 10 September, 2012: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membuat persediaan lebih agresif seawal Oktober ini bagi menghadapi musim tengkujuh berikutan ramalan hujan lebih lebat pada musim itu, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman.

"Jabatan Meteorologi dengan JPS memang sentiasa berhubung antara satu sama lain kerana mereka membuat ramalan tertentu dan kita mengambil kira ramalan tersebut.

"JPS perlu lebih agresif lagi kerana keadaan hujan yang lebat sudah jadi lebih lebat daripada biasa dan kita kena cari cara bagaimana untuk menangani masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Tahunan Pengurus Kanan JPS Malaysia di sini hari ini.

JPS kini giat memeriksa peralatan dan sistem yang dipasang jabatan itu untuk memantau paras air di sungai-sungai utama di seluruh negara sebagai salah satu langkah untuk memberikan maklumat terkini kepada orang ramai, katanya. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment