My Add

Monday 10 September 2012

Rampasan dadah bernilai RM1.5j dalam 9 bulan

KUCHING, ISNIN, 10 September, 2012: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.5 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Ketuanya, Supt. Moses Agat berkata, dadah jenis ganja mencatatkan rampasan terbesar bernilai kira-kira RM1 juta, diikuti syabu bernilai hampir RM300,000 selain Eramin dan Ecstacy masing-masing bernilai kira-kira RM82,000.

"Dalam tempoh sembilan bulan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sarawak mencatatkan 25 kes mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan 36 tangkapan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment