My Add

Monday 24 September 2012

Kadar kebakaran di Perak meningkat

IPOH, ISNIN, 24 September, 2012: Kadar kebakaran di negeri ini sepanjang lapan bulan pertama tahun ini meningkat kepada 2,706 kes berbanding 2,629 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Sayani Saidon berkata, kebakaran itu menyebabkan kerugian meningkat RM36 juta bagi tempoh yang sama pada 2012 berbanding RM25 juta bagi tahun 2011.

"Bagaimanapun jumlah kematian bagi tempoh tersebut berkurangan iaitu empat orang berbanding lima orang,” katanya kepada pemberita di majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak di sini hari ini.

Sayani berkata, usaha harus dipergiat menerapkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kebakaran dan mengadakan kempen keselamatan kebakaran.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment