My Add

Monday 24 September 2012

BN Pulau Pinang serah tawaran rasmi beli Taman Manggis minggu ini

GEORGE TOWN, ISNIN, 24 September, 2012: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis di sini minggu ini.

Ketua Pemuda Tanjung BN H"ng Khoon Leng berkata penubuhan syarikat Taman Manggis Fasa II Sdn Bhd bagi tujuan membeli tanah tersebut kini berada di peringkat akhir.

"Kami sedang memuktamadkan pelantikan pengarah bagi syarikat itu dan sebaik sahaja selesai, kita akan membuat permohonan rasmi untuk membeli tanah tersebut menjelang akhir minggu ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

BN Pulau Pinang bersetuju untuk membeli tanah Tanah Manggis itu pada harga RM450 sekaki persegi atau RM22 juta daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng berkata ayahnya Datuk Tan Gim Hwa memilih penjualan Taman Manggis sebagai syarat untuk mengemukakan surat janji jualan kondominium di Persiaran Gurney kerana isu tanah Taman Manggis ialah isu semasa masyarakat.

"Saya akan memberi perhatian dalam isu ini. Sebaik sahaja penjualan tanah Taman Manggis kepada syarikat ditubuhkan BN berjaya ditunaikan, saya akan mengemukakan surat janji jualan kondominium di Persiaran Gurney pada keesokan hari dan tidak akan mencontengkan sebarang perkataan," tegasnya.

Tan menyuarakan kekecewaan terhadap kenyataan setiausaha politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik yang mempersoal keupayaan kewangan ayahnya untuk memiliki sebuah kondominium di Persiaran Gurney.

Katanya Wei Aik juga tidak harus memutar belitkan surat perjanjian sewa kediaman Ketua Menteri Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn kerana ingin merahsiakan butir-butir pemilik rumah mewah itu.

Tan menyeru kerajaan negeri supaya tidak mengalihkan perhatian sebaliknya menumpukan perhatian kepada persoalan BN negeri mengenai isu Taman Manggis dan perumahan mampu milik rakyat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment