My Add

Thursday 6 September 2012

Kelantan minta laporan SPRM

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, RABU, 05 September, 2012: Kerajaan Pas Kelantan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghantar laporan lengkap mengenai siasatan lombong emas haram di negeri ini seperti yang dilaporkan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu perlu kerana sehingga hari ini tiada sebarang pendakwaan dilakukan oleh suruhanjaya tersebut.

Beliau berkata, laporan itu juga penting bagi kerajaan Pas Kelantan untuk bertindak dan memperbaiki sebarang kelemahan sekiranya ada.

"Baru-baru ini media melaporkan mengenai pencerobohan hutan untuk perlombongan emas secara haram. Oleh itu, kita meminta SPRM memberikan laporan penuh mengenai langkah, hasil siasatan dan tindakan yang telah diambil," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment