My Add

Thursday 6 September 2012

Rohingya: GiatMara sumbang RM3,000


*MERIYAM Abd. Majid menyerahkan sumbangan RM3,000 untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya kepada Ameer Ali Mydin pada majlis Rumah Terbuka GiatMara di Kuala Lumpur, semalam - UTUSAN/Nooradzrene Mohd Noor

KUALA LUMPUR, RABU. 05 September, 2012: GiatMara menyumbang sebanyak RM3,000 kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya dalam usaha membantu mengurangkan kesengsaraan kelompok etnik di Myanmar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Meriyam Abd. Majid berkata, sumbangan melalui dana GiatMara tersebut akan disalurkan ke Pasaraya Mydin bagi mendapatkan barangan keperluan sebelum dihantar ke negara terbabit.

"Dalam bulan Syawal ini, kita sendiri dapat melihat betapa mewahnya makanan yang dinikmati rakyat negara ini.

"Justeru, dengan kelebihan dan keberkatan Syawal adalah lebih baik sekiranya ia dapat dikongsi bersama mereka yang kurang bernasib baik," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri GiatMara di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment