My Add

Thursday 6 September 2012

Kesihatan pasangan kembar Siam makin pulih

*ROSLI Rasul mendukung Muaimin dan Dr. Zaninah Mohd. Zain (kiri) mendukung Muaiman sambil diperhatikan bapa kanak-kanak kembar itu, Azli Sabran di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR, RABU, 05 September, 2012: Pasangan kembar Siam, Muaiman dan Muaimin Azli yang berjaya dipisahkan menerusi pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 14 Julai lalu dijangka dibawa pulang ke rumah mereka dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan oleh bapa mereka, Azli Sabran, 40, selepas pasangan kembar berusia 16 bulan itu menunjukkan perkembangan positif dan kesihatan yang semakin beransur pulih.

''Buat masa sekarang, kedua-dua anak saya sedang menjalani rawatan fisioterapi. Doktor memberitahu jika keadaan bertambah baik, mereka dibenarkan pulang dalam masa terdekat,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik Fisioterapi, Institut Pediatrik HKL di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment