My Add

Tuesday 25 September 2012

Kes saman Awang Adek: Rayuan The Edge ditolak

Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, SELASA, 25 September, 2012: Syarikat penerbitan, The Edge Communication Sdn. Bhd. dan tiga lagi gagal mengetepikan perintah yang mengarahkannya membayar ganti rugi kepada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berhubung isu pengeluaran lesen judi bola sepak.

Ia berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Aziah Ali yang menolak rayuan mereka hari ini.

Kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor yang membenarkan penghakiman terus agar ganti rugi yang akan ditaksirkan kelak dibayar kepada timbalan menteri tersebut.

Dengan itu, Mahkamah Rayuan mengiktiraf keputusan terdahulu yang memutuskan perayu-perayu cuai dan memfitnah Awang Adek bahawa kononnya beliau mengumumkan kerajaan telah mengeluarkan lesen judi bola sepak kepada sebuah syarikat, Ascot Sport Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, perayu tidak perlu menerbitkan permohonan maaf dalam The Edge Financial Daily pada keluaran akan datang selepas panel itu mengubah perintah Mahkamah Tinggi yang memutuskan demikian.

Perayu-perayu diwakili oleh Raja Eileen Soraya Raja Aman manakala responden diwakili oleh Hizri Hasshan dan Ashmadi Othman. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment