My Add

Tuesday 25 September 2012

Ibrahim Ali bidas belanjawan pembangkang

KUALA LUMPUR, SELASA, 25 September, 2012: Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini membidas tindakan pakatan pembangkang yang membelakangkan kerajaan apabila ingin membentangkan belanjawan mereka pada taklimat khas esok.

"Seharusnya mereka menghormati kerajaan yang memerintah negara, yang mendapat mandat rakyat dan di bawah naungan (Yang di-Pertuan) Agong untuk membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

"Sememangnya tiada peraturan untuk menghalang pembangkang untuk bentang belanjawan mereka tetapi sewajarnya patut tunjuk rasa hormat dan tidak membelakangkan kerajaan," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen.

Menurutnya pembangkang seolah-olah takut dan risau dengan pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat ini sehingga sanggup membentangkan belanjawan mereka terlebih dulu.

"Apakah pembangkang bimbang belanjawan kerajaan yang lebih menjurus kepada mesra rakyat akan menggugat mereka," katanya.

Ibrahim mendakwa tindakan pembangkang itu hanya untuk "kepentingan politik" dan rakyat seharusnya tidak tertipu dengan agenda mereka itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment