My Add

Tuesday 4 September 2012

Kesatuan pendidikan Melayu digabung

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kesemua kesatuan pendidikan Melayu akan digabungkan supaya boleh memainkan peranan penting dalam usaha membawa komuniti tersebut ke arah memperkasakan bangsa dan negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, usaha itu akan dilaksanakan oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) sebagai badan bertindak melalui kecemerlangan pendidikan dan latihan kemahiran supaya peranannya boleh setaraf institusi kerajaan, swasta, akademik dan perundangan.

Sehubungan itu, katanya, satu Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) yang telah dibentuk antara semua yayasan persekutuan dan yayasan negeri akan memainkan peranan mengenal pasti, melaksana dan menangani isu-isu berkaitan pembangunan modal insan di kalangan generasi muda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment