My Add

Tuesday 4 September 2012

Suara Inisiatif salur dana kepada Suaram


*ISMAIL Sabri Yaakob menunjukkan contoh laporan kewangan syarikat pada sidang akhbar berkaitan isu Suaram dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Mohd Farizwan Hasbullah

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 September, 2012: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui terdapat kaitan antara Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) dari segi transaksi dana.

Beliau berkata, berdasarkan hasil siasatan awal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suara Inisiatif yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 didapati menyalurkan dana kepada Suaram yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Hasil siasatan menerusi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suara Inisiatif serta dokumen-dokumen perakaunan yang dikemukakannya menunjukkan terdapat beberapa maklumat yang mengelirukan dan meragukan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment