My Add

Saturday 8 September 2012

Kuota haji tidak ikut negeri

JITRA, SABTU, 08 SeptEMBER, 2012; Kerajaan tidak mengamalkan kuota mengikut negeri untuk menentukan jumlah jemaah haji setiap negeri menunaikan fardhu haji di tanah suci Mekah tetapi berdasarkan prinsip siapa mendaftar dulu didahulukan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, penggunaan sistem kuota mengikut negeri akan menimbulkan banyak masalah.

"Sistem yang kita gunakan ini mudah dan praktikal... siapa daftar dulu dia pergi dulu tidak kira dia berasal dari mana," katanya semasa diminta mengulas laporan akhbar di Sarawak baru-baru ini yang memetik Majlis Agama Islam Sarawak tidak berpuas hati kerana Tabung Haji mengurangkan kuota jemaah haji negeri itu.

Beliau ditemui selepas perasmian kursus Perdana Haji peringkat negeri Kedah oleh anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah di Dewan Wawasan di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment