My Add

Saturday 8 September 2012

Jenazah 2 penuntut Malaysia selamat dikebumikan

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA, SABTU. 08 September, 2012: Jenazah dua penuntut Malaysia yang terkorban dalam nahas dua buah bas di Rusia Isni lalu, selamat dikebumukan pagI tadi.

Jenazah Adzreen Dimyati, 22, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.

Manakala jenazah Hanisah Muhd. Shah, 22, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek, Dungun, Terengganu.

Jenazah Adzreen dan Hanisah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Rusia kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Selesai melalui proses pengecaman oleh ahli keluarganya, jenazah
Adzreen terus dibawa dengan van ke Surau al-Iman di Presint 9, untuk disembahyangkan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada kira-kira pukul 1.40 pagi.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama enam rakan lain, semuanya penuntut Malaysia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

Bagaimanapun, bas dinaiki itu terbabit dengan kemalangan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima rakannya iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza, semuanya tajaan Mara mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil. - UTUSAN

Kesemua mangsa menuntut dalam tahun lima di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod, Rusia.

Di DUNGUN, jenazah Hanisah tiba di pekarangan Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di sini pada pukul 6.53 pagi yang dibawa dengan van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik sahaja tiba dari Rusia tengah malam tadi.

Ssuasana pilu menyelubungi pekarangan masjid berkenaan sehingga selesai solat sunat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengkebumian.  - UTUSAN


No comments:

Post a Comment