My Add

Thursday 6 September 2012

Letupan: Permohonan habeas corpus warga Iran ditolak


KUALA LUMPUR, RABU, 05 September, 2012: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan pembebasan melalui habeas corpus oleh warga Iran, Masoud Sedaghat Zadeh yang dikehendaki oleh kerajaan Thailand kerana dipercayai terlibat dalam kejadian letupan bom di Bangkok, 14 Februari lalu.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah memutuskan demikian selepas mendengar hujah kedua-dua pihak yang terlibat dalam permohonan tersebut.

Masoud, 32, selaku pemohon diwakili peguam, Latheefa Koya manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengarah Penjara Sungai Buloh dan pegawai pendakwa yang dinamakan sebagai responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar.

Lelaki itu memfailkan permohonan habeas corpus untuk dibebaskan setelah Mahkamah Sesyen di sini pada 25 Jun lalu membenarkan permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi terhadap Masoud. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment